dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Pelajar Maxis eKelas

30 September 2024 | Aktiviti Terkini

NADI Presint 9 Fasa 10 telah menyediakan kemudahan dan membantu pendaftaran Maxis eKelas kepada golongan pelajar yang berminat menyertainya. eKelas ialah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan kandungan pembelajaran digital percuma kepada pelajar sekolah dan usahawan Malaysia

Pelajar hanya belajar melalui sesi dalam talian yang interaktif, disokong dengan video penerangan, nota padat dan kuiz dan pembelajaran adalah PERCUMA di eKelas. Program ini terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Tahun 4 sehingga Tingkatan 5 dan program ini menyediakan kandungan bagi 5 subjek utama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah

Pelajar yang hadir dibantu untuk mendaftar akaun ekelas dan petugas NADI menerangkan kandungan ekelas merangkumi video mengikut subjek, cara menjawab kuiz dan aktiviti yang akan dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.